Segelas Susu
Sejak ayah saya meninggal dunia tahun lepas, saya tidak dapat tidur dengan aman. Maka setiap malam, ibu saya telah meninggalkan segelas susu di atas meja katil saya. Ibbu saya berharap saya dapat tidur dengan lebih senang setelah minum susu. Ia adalah cara dia menenangkan saya sebelum saya tidur. Pada satu malam, dia terpaksa meninggalkan bandar selama tiga malam dan saya terpaksa bersendirian di rumah.
Pada malam pertama dia tiada, saya terjaga dari tidur dan terintai segelas susu di tepi meja. Hati saya berdebar ketakutan. Saya tertanya-tanya siapa yang sediakan susu untuk saya? Saya cuba berjaga pada malam berikutnya kerana terlampau curiga dengan misteri itu. Malangnya, saya tertidur kerana keletihan. Apabila saya bangun keesokan paginya, saya terkejut melihat segelas susu sekali lagi.
Dalam ketakutan, saya cuba membangkitkan memori ayah saya. Ayah saya selalu menghiburkan saya dengan cerita yang menarik mengenai seekor kuda mainan yang dibuatnya sendiri. Memikirkan ayah, saya menjadi lebih tenang.
Pada malam ketiga, saya memaksa diri untuk berjaga. Mata saya bertambah berat dan saya terlelap seketika. Apabila saya terjaga, saya segera menoleh ke meja di sisi katil. Walaupun malam diselubungi kegelapan, saya ternampak segelas susu bersebelahan sebuah kuda mainan.
Saya sedar bahawa, walaupun dalam kematian, ayah saya masih memerhatikan dan cuba menenangkan saya. Perasaan sayang dan rindu terhadap ayah melanda hati saya. Saya merehatkan kepala di bantal dan mengucapkan terima kasih kepada ayah sebelum kembali tidur.