Orang Tua Yang Bijaksana
Pada suatu hari, seorang lelaki tua menanam benih pokok mangga di sepanjang pagar rumahnya. Tiba-tiba, datang seorang putera raja. Orang tua itu menawarkan buah mangga kepada putera raja.
“Yang Mulia, bolehkah saya menghadiahkan sebiji mangga masak kepada Tuanku?” tanya lelaki tua itu.
“Terima kasih, pakcik,” kata putera raja. “Buah ini sedap. Terima kasih banyak-banyak.”
“Boleh saya tanya satu soalan, pakcik?” tanya putera raja lagi. “Berapakah umur kamu?”
“Saya berumur lapan puluh tahun,” jawab lelaki tua itu.
“Saya nampak awak tanam pokok mangga ketika saya sampai di sini. Pada pendapat saya, awak tidak akan dapat menikmati buah pokok mangga yang awak tanam hari ini. Kenapa awak bersusah payah buat semua kerja ini?” tanya putera raja.
Lelaki tua itu berhenti seketika untuk berfikir. Dia kemudian membalas, “Mangga yang kamu sedang makan itu berasal dari pokok yang datuk saya tanam untuk ayah saya. Sekarang saya sedang menanam pokok mangga supaya anak dan cucu saya boleh menikmati buahnya selepas saya sudah tiada.”
Setelah putera raja mendengar jawapan itu, dia mengucapkan terima kasih kepada orang tua itu. Dia juga menghadiahkan sebentuk cincin delima sebagai balasan untuk pelajaran yang tidak ternilai itu.
“Terima kasih banyak-banyak atas kebijaksanaan awak hari ini. Saya faham dengan jelas apa yang kamu lakukan,” kata putera raja.
Sejak hari itu, putera raja sentiasa mengambil berat terhadap orang lain terutama rakyatnya. Dia melakukan segala-galanya untuk membahagiakan orang lain. Dia sangat disayangi oleh rakyatnya.
Pengajaran: Buat baik untuk generasi seterusnya.