Lesson 1 of 1
In Progress

Musang Dan Pemotong Kayu

Xerra October 25, 2023

Seekor musang berasa kepenatan selepas dikejar oleh beberapa ekor anjing pemburu. Sedang berlari dia menemui seorang lelaki yang sedang memotong kayu. Musang meminta tempat untuk bersembunyi. Lelaki itu pun menunjukkan pondoknya, lalu musang itu bersembunyi di suatu sudut.

Tidak lama kemudian, seorang pemburu datang dan bertanya kepada pemotong kayu itu sekiranya dia telah melihat seekor musang.“Tidak” dia berkata tetapi dia menuding jarinya ke suatu sudut. Pemburu itu bagaimanapun, tidak memahami maksud yang cuba disampaikan lalu berlalu pergi. Ketika musang itu merasakan bahawa pemburu dan anjing-anjingnya itu sudah pergi, ia pun perlahan-lahan meninggalkan tempat itu tanpa mengatakan sepatah-kata pun.

Pemotong kayu itu menegurnya, “Adakah ini cara kamu membalas kebaikan yang saya lakukan tanpa ucapan terima kasih atas keselamatan kamu?”

‘Wahai pemuda yang baik!’ kata musang, sambil menoleh ke arahnya, “Jika jari-jarimu jujur sama seperti lidahmu, aku seharusnya tidak meninggalkan rumahmu tanpa mengucapkan selamat tinggal.”

Pengajarannya: Terdapat banyak kedengkian dalam sekelip mata seperti dalam satu perkataan.