P6 Terma 4 Minggu 5

Zahid · September 11, 2019

Pertandingan Badminton di Taman Permai

Suasana di dalam Dewan Badminton Permai amat riuh sekali. Murid-murid dari Sekolah Rendah Keramat dan Sekolah Rendah Taman Permai membanjiri dewan badminton sehingga semua tempat duduk dipenuhi. Malah ada pelajar yang berdiri di koridor untuk melihat pertandingan yang sudah lama dinanti-nantikan.

Malam itu adalah malam pertandingan akhir badminton sekolah rendah dan wakil dari kedua-dua sekolah amat terkenal sekali. Johan Nasir dari Sekolah Rendah Keramat ialah pemain badminton muda yang telah memenangi banyak anugerah di pertandingan tempatan. Ketinggiannya membolehkan dia melompat dan menyerang dari pelbagai sudut di atas gelanggan badminton. Tekniknya pula tiada bandingan. Johan Nasir dilatih oleh ayahnya sendiri iaitu lagenda badminton Namron Nasir. Johan Nasir tidak kenal kekalahan. Dia telah menjuarai setiap pertandingan yang disertainya.

Muhammad Madhi dari Sekolah Rendah Taman Permai pula baru sahaja memenangi kejohanan badminton junior di Johor. Walaupun cuma 165cm tinggi, ketangkasannya membolehkannya berlari dengan cepat dan membalas serangan pemain. Muhammad Madhi tidak suka kalah. Dalam masa yang amat singkat sahaja, dia telah memenangi beberapa pertandingan badminton yang penting. Apabila dia bermain, dia bermain dengan sedaya upaya.

Malam ini, dua orang juara akan cuba membuktikan kebolehan masing-masing.

Perkataan Baru

Daya : effort

Kalah : Lose

Menang : Win

About Instructor

Zahid

2 Courses

Not Enrolled

Course Includes

  • 5 Lessons
  • 9 Topics
  • Course Certificate